Monday, May 17, 2010

Let make Doa ...

It has been so long that I have not written anything here... several eventful months passed, yet an adamant self refrained too much...Ya Allah give strength to proceed!

Got this from the link below
http://yeopmadiny.blogspot.com/2010/05/beberapa-doa-yang-syamil.html

Nabi Muhammad telah berkata kepada anak baginda Fatimah; "Apa yang melarangmu daripada mendengar apa yang akan aku wasiatkan kepadamu, iaitu kamu sebutlah apabila menjelang pagi dan petang;


((يَا حَيُّ يَا قَيُّومُ بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيثُ ، أَصْلِحْ لِي شَأْنِي كُلَّهُ ، وَلاَ تَكِلْنِي إِلَى نَفْسِي طَرْفَةَ عَيْنٍ)).

Bermaksud; "Wahai yang maha hidup, Wahai yang maha teguh dengan rahmatmu aku memohon pertolongan, perbaikilah bagiku dalam segala urusanku, dan janganlah engkau tinggalkan diriku keseorangan biarpun sekelip mata". Hadis ini hadis hasan diriwayatkan oleh Imam Ahmad dalam Musnad, al-Hakim dalam Mustadrak dan imam an-Nasai dalam Sunan Kubra dan Imam Baihaqi dalam Syuabil Iman.

Ummul Mukminin Aisyah berkata, bahawa Rasulullah telah mengajarkan beliau doa berikut;

((اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ مِنَ الْخَيْرِ كُلِّهِ عَاجِلِهِ وَآجِلِهِ ، مَا عَلِمْتُ مِنْهُ وَمَا لَمْ أَعْلَمْ ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنَ الشَّرِّ كُلِّهِ عَاجِلِهِ وَآجِلِهِ ، مَا عَلِمْتُ مِنْهُ وَمَا لَمْ أَعْلَمْ ، اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ مِنْ خَيْرِ مَا سَأَلَكَ عَبْدُكَ وَنَبِيُّكَ ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا عَاذَ بِهِ عَبْدُكَ وَنَبِيُّكَ ، اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْجَنَّةَ وَمَا قَرَّبَ إِلَيْهَا مِنْ قَوْلٍ أَوْ عَمَلٍ ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنَ النَّارِ وَمَا قَرَّبَ إِلَيْهَا مِنْ قَوْلٍ أَوْ عَمَلٍ ، وَأَسْأَلُكَ أَنْ تَجْعَلَ كُلَّ قَضَاءٍ قَضَيْتَهُ لِي خَيْرًا)).

Bermaksud; "Ya Allah, sesungguhnya aku meminta kepadamu daripada segala kebaikan seluruhnya yang segera mahupun lambat, yang aku ketahui daripadanya mahupun aku tidak ketahuinya. Dan aku berlindung denganmu daripada kejahatan seluruhnya yang segera mahupun lewat, samada yang aku ketahui daripada kejahatan itu mahupun aku tidak ketahui. Ya Allah sesungguhnya aku meminta kepadamu daripada kebaikan yang telah dipinta oleh hambamu dan Nabimu (Muhammad), dan aku berlindung denganmu daripada kejahatan yang hambamu dan Nabimu memohon perlindungan daripadanya. Ya Allah, sesungguhnya aku meminta kepadamu syurgamu dan apa-apa yang mendekatkanku kepada syurgamu daripada amalan lisan mahupun perbuatan. Dan aku berlindung denganmu daripada api neraka dan apa-apa yang mendekatkanku kepada api neraka daripada amalan lisan mahupun perbuatan. Dan aku pohon kepadamu Ya Allah supaya engkau jadikan setiap takdir yang kau tentukan kepadaku adalah kebaikan". Hadis ini hadis soheh riwayat Ibnu Majah, Musnad Imam Ahmad, al-Hakim dalam Mustadrak dan Imam Bukhari dalam Adabul Mufrad.

Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah berkata;

« اللَّهُمَّ أَصْلِحْ لِى دِينِىَ الَّذِى هُوَ عِصْمَةُ أَمْرِى وَأَصْلِحْ لِى دُنْيَاىَ الَّتِى فِيهَا مَعَاشِى وَأَصْلِحْ لِى آخِرَتِى الَّتِى فِيهَا مَعَادِى وَاجْعَلِ الْحَيَاةَ زِيَادَةً لِى فِى كُلِّ خَيْرٍ وَاجْعَلِ الْمَوْتَ رَاحَةً لِى مِنْ كُلِّ شَرٍّ ».

Bermaksud; "Ya Allah perbaikilah bagiku agamaku yang merupakan benteng kepada urusanku, perbaikilah bagiku duniaku yang merupakan kehidupanku dan perbaikilah bagiku akhiratku yang merupakan tempat kembalimu @ kebangkitanku, dan jadikanlah hidupku pertambahan kepada setiap kebaikan dan jadikanlah kematianku sebagai rehatku daripada setiap kejahatan". Hadis ini dirwayatkan oleh Imam Muslim dalam sohehnya, an-Nasaie dan Imam Ahmad.


Jazakallahu khair ya Ustaz Yeop

HN May 17, 2010

No comments: